Search This Blog

Pages

Monday, 27 March 2017

Kami berpindah ke wordpress

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pengunjung blog madamienastore.blogspot.com

Semoga Allah kurniakan kamu semua rezeki yang berpanjangan dan berjaya dunia akhirat. Aamiin..

Untuk lihat sharing seterusnya, boleh ke blogmadamiena.wordpress

Sekian, terima kasih

Thursday, 23 March 2017

Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

"Nak jahit produk sendiri tapi tunggu ada mesin jahit tepi"
"Tunggu beli mesin jahit tepi baru nak buat bisnes"

Mungkin ada sahabat kita yang belum nampak dunia jahitan secara meluas. Perniagaan khidmat jahit ni bukan hanya pada baju atau tudung je. Macam- macam awak boleh jahit.

Contoh, jahit barut dan bedung bayi atau bengkung ibu macam saya buat sekarang ni. Produk ibu dan anak ni tak mengganggu kerja- kerja tudung saya sebab jahitan mudah yang memang dah ada ukuran standard. Alhamdulillah setiap bulan ada pembeli. Saya jual per set (6 helai).

Jahit beg pun tak perlu ada mesin jahit tepi. Mungkin ada yang guna tapi kebanyakan tak perlu pun. Projek beg lagi mudah sebab banyak tutorial free kat google. Belajar kenal fabrik dan part- part lain untuk beg dulu. Jahit contoh dan tunjuk produk tu kepada umum.

Cuma sedikit pesanan dari saya. Tutorial free yang ada tu cuma untuk kita tahu step dan belajar je. Nanti awak ubah ikut keselesaan pelanggan atau citarasa sendiri asalkan produk tu lebih cantik dan tak nampak sama macam produk yang lain.

Just sharing--TQ

Owner Blog
Page FB
Page FB

Tuesday, 21 March 2017

Q&A Shawl Floral




SHAWL FLORAL by madamiena

Berapakah harga shawl floral by madamiena? Harga shawl floral adalah berbeza mengikut + jenis fabrik + ukuran shawl + jenis corak iron paper Jenis fabrik
* Heavy chiffon * Satin terpilih * Chiffon crepe terpilih * Chiffon flaminggo * Chiffon bubble (kurang permintaan disebabkan kain bubble berkedut, kualiti corak tak secantik yang lain) Ukuran shawl 
* 1.75m x 28 inci * 1.8m x 28 inci * 2 mx 28 inci (untuk saiz yang lebih besar, saya terangkan di lain hari) Jenis corak iron paper  
* Corak standard saiz A4 atau saiz panjang * Design limited atau exclusive yang di tempah khas * Design bunga tabur (SOLD OUT), jika ada permintaan tinggi, saya akan fikirkan semula untuk restok Contoh harga : Shawl heavy chiffon 1.75m x 28 inci, corak standard saiz A4 atau saiz panjang : RM28 Shawl heavy chiffon 1.8m x 28 inci, corak standard saiz A4 atau saiz panjang : RM30 Shawl heavy chiffon 1.8m x 28 inci, corak limited atau exclusive : RM35 Apakah jenis jahitan pada shawl floral by madamiena? Jahitan yang digunakan adalah jenis babyseam@jahitan lipat pada keliling shawl Apakah keistimewaan shawl floral by madamiena? Target MI adalah menghasilkan produk yang sedikit berbeza dengan pasaran luar. Setiap shawl saya menggunakan corak- corak yang jarang ada di pasaran dan setiap corak ditaburi dengan kristal serta dijahit charm pada penjuru shawl Sebelum corak di letak pada shawl, saya akan lihat carta warna dulu untuk memastikan corak sepadan dengan warna shawl yang di pilih 

Macamana nak beli? Buat masa sekarang, saya tak buat stok. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung terus dengan saya untuk bincang. Untuk urusan lebih mudah, di galakkan rakan- rakan yang berminat terus WA 017-3959783 atau PM thru messenger. Proses perbincangan melibatkan pemilihan warna shawl (rujukan warna seperti dalam gambar di bawah) dan corak iron paper. Juga boleh request jenis kain dan saiz shawl.



Berapa lama proses siap? Tempahan mengambil masa 1 minggu atau lebih. Ada yang sebulan lebih disebabkan warna yang di minta tak ada dalam stok kat supplier kain. Pelanggan boleh batalkan pembelian atau masuk "waiting list" sehingga dapat shawl IMPIAN anda. Bagaimana jika "SAYA" tidak berpuashati dengan shawl tersebut? Saya mengamalkan konsep pengembalian semula wang @ pertukaran barang jika shawl yang diterima tidak menepati permintaan di atas kecuaian saya sendiri.  

Owner Blog
Page FB

Wednesday, 1 March 2017

MUA Asmah Adnan dan Shawl Floral Standard


Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni diberi masa untuk saya terus menulis. Saya masih baru dalam dunia blog ni, masih belajar untuk menulis.

Saya buka satu slot untuk share testimoni dan gambar dari pelanggan saya. MUA Asmah Adnan merupakan pelanggan tetap saya sejak 2012. Pernah beli shawl halfmoon dan juga apron untuk kanak- kanak.

Terbaru, beliau ada beli 2 helai shawl basic saiz 1.8m x 28" , material heavy chiffon. Heavy chiffon memang menjadi pilihan nombor 1 pelanggan saya. Kain ni sedikit berat dan tak terlalu jarang. Boleh dikatakan sangat selesa.


Lihat gambar di atas, warna shawl ni peach lembut dan saiz bunga hiasan tu ialah saiz A4. Itu pilihan beliau sendiri dan sanggup tunggu lama untuk saya dapatkan corak bunga tu. Shawl macam ni saya tambah lagi liplap liplap dengan taburan kristal dan aksesori charm.

JENIS KAIN : Chiffon Heavy
SAIZ : 1.8meter x 28 Inch
IDEA TAMBAHAN :
Inshaallah saya akan design corak sendiri untuk raya nanti. Masih memikirkan corak yang unik khas untuk pelanggan semua

Testimoni lain akan saya kongsikan di masa akan datang.

Terima kasih.

WA 017-3959783 (ina) untuk sebarang pertanyaan

Thursday, 23 February 2017

Kain Denim


ZOOM!!

Jom tengok kain yang ada. Pelanggan boleh pilih material dan bagitau design tudung/shawl.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and indoorImage may contain: indoor

Image may contain: one or more peopleNo automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Wednesday, 22 February 2017

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Untuk tudung express travel ni, kami gunakan material lycra mosscrepe plain untuk body dan lycra scuba untuk awning. Bahagian depan, kami cantikkan lagi dengan taburan kristal di sepanjang jahitan. Awning ni terbentuk elok pada semua jenis bentuk muka.

Harga :
Saiz S & M = RM33 sehelai
Saiz L = RM35 sehelai
Saiz XL = RM37 sehelai
Saiz XXL = RM39 sehelai
* Boleh request saiz yang lebih besar

Ukuran :
S : Labuh depan 15", Labuh belakang 26"
M : Labuh depan 17", Labuh belakang 28"
L : Labuh depan 19", Labuh belakang 30"
XL : Labuh depan 21", Labuh belakang 32"
XXL : Labuh depan 23", Labuh belakang 34"
* Saiz muka mengikut pelanggan (bincang semasa membuat tempahan)

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan


Thursday, 16 February 2017

Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" -FREE-


Berita baik untuk NEWBIES!!
saya nak bagi Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" 
-FREE-

Ada lagi 12 keping yang belum saya upload. Untuk pengetahuan, tutorial ini diberi secara percuma kepada client yang membeli pola tudung express cutting madamiena. Inshaallah esok, saya akan bagi TUTORIAL INI SECARA PERCUMA tanpa membeli pola tau! Tak ada pola tak apa, awak buat pola sendiri dengan menggunakan tudung yang sediaada.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

Kami berpindah ke wordpress

Assalamualaikum Terima kasih kepada semua pengunjung blog madamienastore.blogspot.com Semoga Allah kurniakan kamu semua rezeki yang ber...