Selamat petang.
Hari ini saya ambil kesempatan sikit untuk share tentang kain atau material lycra denim bulu kucing. Sebenarnya dulu saya panggil denim benang hitam. Rupanya yang benang hitam tu lain sikit. Lebih kurang sama tetapi benang hitam lebih nampak jalur- jalur hitam. Material bulu kucing ni lebih lembut dan nampak macam berbulu sikit. Sekali tengok macam gebu sikit.
Walaupun kain ni agak lembut tetapi tak melekat pada body kita. Sesuailah kalau nak buat tudung muslimah. Saya sendiri pun ada buat 2 helai tudung muslimah untuk mak mentua. Memang selesa katanya. Kalau awak tengok dengan mata kasar, kain ni nampak exclusive kan? sebab tu harga satu meter kain ni lebih kurang RM20 semeter sekarang ni. Saya start buat tudung dengan material ni hujung tahun 2016. Pelanggan tengok memang jatuh cinta. Oh, lagi satu..walau kategori lembut tetapi kain ni sangat sesuai jika nak buat soft awning. Lihat gambar bawah. Tegap atau tak..anda sendiri yang menilainya.
Satu lagi kebaikan kain denim ni ialah, awak tak perlu nak gosok sangat. Zaman sekarang ni kan, semua nak cepat dan mudah. Sebab tu pengguna suka dengan kain macam ni. Kalau nak bawa travel pun sangat sesuai. Lipat- lipat je terus masuk beg. Nanti nak gilir- gilir tudung tak susah sangat. Ambik je tudung dalam beg terus pakai.
Pakaian apa yang sesuai dengan kain denim ni?
Kalau lihat dari penjelasan saya kat atas memang bercerita pasal tudung je kan!!sebenarnya selain daripada tudung/ shawl, kain denim jenis bulu kucing ni juga sesuai untuk blaus, jubah, skirt dan palazo pun boleh.
Kat mana nak beli?
Saya beli kain ni kat jakel shah alam. Tetapi sana tak banyak sangat pilihan warna. Kalau kat jakel KL lebih banyak pilihan. Tak silap ada lebih dari 10 warna. Saya sedikit kecewa sebab warna- warna macam grey, biru gelap, biru dah tak ada kat jakel shah alam. Pelanggan sanggup masuk waiting list. Tunggu sampai ada katanya. Harap- harap la jakel shah alam boleh bawa masuk lebih sikit. Maybe ada masuk tetapi warna- warna macam saya nak tu memang jadi tarikan butik- butik tersohor. Depa dah borong kayu. Yang borong by meter ni memang tak dapat la nak merasa lagi.
Ok la. Setakat ni dulu. Masa tak mengizinkan saya untuk bercerita lebih lagi. Ada tugasan menjahit.
Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Sekian, terima kasih.
#madamienahijab #tailormade
No comments:
Post a Comment