Search This Blog

Pages

Monday, 27 March 2017

Kami berpindah ke wordpress

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pengunjung blog madamienastore.blogspot.com

Semoga Allah kurniakan kamu semua rezeki yang berpanjangan dan berjaya dunia akhirat. Aamiin..

Untuk lihat sharing seterusnya, boleh ke blogmadamiena.wordpress

Sekian, terima kasih

Thursday, 23 March 2017

Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

"Nak jahit produk sendiri tapi tunggu ada mesin jahit tepi"
"Tunggu beli mesin jahit tepi baru nak buat bisnes"

Mungkin ada sahabat kita yang belum nampak dunia jahitan secara meluas. Perniagaan khidmat jahit ni bukan hanya pada baju atau tudung je. Macam- macam awak boleh jahit.

Contoh, jahit barut dan bedung bayi atau bengkung ibu macam saya buat sekarang ni. Produk ibu dan anak ni tak mengganggu kerja- kerja tudung saya sebab jahitan mudah yang memang dah ada ukuran standard. Alhamdulillah setiap bulan ada pembeli. Saya jual per set (6 helai).

Jahit beg pun tak perlu ada mesin jahit tepi. Mungkin ada yang guna tapi kebanyakan tak perlu pun. Projek beg lagi mudah sebab banyak tutorial free kat google. Belajar kenal fabrik dan part- part lain untuk beg dulu. Jahit contoh dan tunjuk produk tu kepada umum.

Cuma sedikit pesanan dari saya. Tutorial free yang ada tu cuma untuk kita tahu step dan belajar je. Nanti awak ubah ikut keselesaan pelanggan atau citarasa sendiri asalkan produk tu lebih cantik dan tak nampak sama macam produk yang lain.

Just sharing--TQ

Owner Blog
Page FB
Page FB

Tuesday, 21 March 2017

Q&A Shawl Floral




SHAWL FLORAL by madamiena

Berapakah harga shawl floral by madamiena? Harga shawl floral adalah berbeza mengikut + jenis fabrik + ukuran shawl + jenis corak iron paper Jenis fabrik
* Heavy chiffon * Satin terpilih * Chiffon crepe terpilih * Chiffon flaminggo * Chiffon bubble (kurang permintaan disebabkan kain bubble berkedut, kualiti corak tak secantik yang lain) Ukuran shawl 
* 1.75m x 28 inci * 1.8m x 28 inci * 2 mx 28 inci (untuk saiz yang lebih besar, saya terangkan di lain hari) Jenis corak iron paper  
* Corak standard saiz A4 atau saiz panjang * Design limited atau exclusive yang di tempah khas * Design bunga tabur (SOLD OUT), jika ada permintaan tinggi, saya akan fikirkan semula untuk restok Contoh harga : Shawl heavy chiffon 1.75m x 28 inci, corak standard saiz A4 atau saiz panjang : RM28 Shawl heavy chiffon 1.8m x 28 inci, corak standard saiz A4 atau saiz panjang : RM30 Shawl heavy chiffon 1.8m x 28 inci, corak limited atau exclusive : RM35 Apakah jenis jahitan pada shawl floral by madamiena? Jahitan yang digunakan adalah jenis babyseam@jahitan lipat pada keliling shawl Apakah keistimewaan shawl floral by madamiena? Target MI adalah menghasilkan produk yang sedikit berbeza dengan pasaran luar. Setiap shawl saya menggunakan corak- corak yang jarang ada di pasaran dan setiap corak ditaburi dengan kristal serta dijahit charm pada penjuru shawl Sebelum corak di letak pada shawl, saya akan lihat carta warna dulu untuk memastikan corak sepadan dengan warna shawl yang di pilih 

Macamana nak beli? Buat masa sekarang, saya tak buat stok. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung terus dengan saya untuk bincang. Untuk urusan lebih mudah, di galakkan rakan- rakan yang berminat terus WA 017-3959783 atau PM thru messenger. Proses perbincangan melibatkan pemilihan warna shawl (rujukan warna seperti dalam gambar di bawah) dan corak iron paper. Juga boleh request jenis kain dan saiz shawl.



Berapa lama proses siap? Tempahan mengambil masa 1 minggu atau lebih. Ada yang sebulan lebih disebabkan warna yang di minta tak ada dalam stok kat supplier kain. Pelanggan boleh batalkan pembelian atau masuk "waiting list" sehingga dapat shawl IMPIAN anda. Bagaimana jika "SAYA" tidak berpuashati dengan shawl tersebut? Saya mengamalkan konsep pengembalian semula wang @ pertukaran barang jika shawl yang diterima tidak menepati permintaan di atas kecuaian saya sendiri.  

Owner Blog
Page FB

Wednesday, 1 March 2017

MUA Asmah Adnan dan Shawl Floral Standard


Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni diberi masa untuk saya terus menulis. Saya masih baru dalam dunia blog ni, masih belajar untuk menulis.

Saya buka satu slot untuk share testimoni dan gambar dari pelanggan saya. MUA Asmah Adnan merupakan pelanggan tetap saya sejak 2012. Pernah beli shawl halfmoon dan juga apron untuk kanak- kanak.

Terbaru, beliau ada beli 2 helai shawl basic saiz 1.8m x 28" , material heavy chiffon. Heavy chiffon memang menjadi pilihan nombor 1 pelanggan saya. Kain ni sedikit berat dan tak terlalu jarang. Boleh dikatakan sangat selesa.


Lihat gambar di atas, warna shawl ni peach lembut dan saiz bunga hiasan tu ialah saiz A4. Itu pilihan beliau sendiri dan sanggup tunggu lama untuk saya dapatkan corak bunga tu. Shawl macam ni saya tambah lagi liplap liplap dengan taburan kristal dan aksesori charm.

JENIS KAIN : Chiffon Heavy
SAIZ : 1.8meter x 28 Inch
IDEA TAMBAHAN :
Inshaallah saya akan design corak sendiri untuk raya nanti. Masih memikirkan corak yang unik khas untuk pelanggan semua

Testimoni lain akan saya kongsikan di masa akan datang.

Terima kasih.

WA 017-3959783 (ina) untuk sebarang pertanyaan

Thursday, 23 February 2017

Kain Denim


ZOOM!!

Jom tengok kain yang ada. Pelanggan boleh pilih material dan bagitau design tudung/shawl.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and indoorImage may contain: indoor

Image may contain: one or more peopleNo automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Wednesday, 22 February 2017

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Untuk tudung express travel ni, kami gunakan material lycra mosscrepe plain untuk body dan lycra scuba untuk awning. Bahagian depan, kami cantikkan lagi dengan taburan kristal di sepanjang jahitan. Awning ni terbentuk elok pada semua jenis bentuk muka.

Harga :
Saiz S & M = RM33 sehelai
Saiz L = RM35 sehelai
Saiz XL = RM37 sehelai
Saiz XXL = RM39 sehelai
* Boleh request saiz yang lebih besar

Ukuran :
S : Labuh depan 15", Labuh belakang 26"
M : Labuh depan 17", Labuh belakang 28"
L : Labuh depan 19", Labuh belakang 30"
XL : Labuh depan 21", Labuh belakang 32"
XXL : Labuh depan 23", Labuh belakang 34"
* Saiz muka mengikut pelanggan (bincang semasa membuat tempahan)

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan


Thursday, 16 February 2017

Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" -FREE-


Berita baik untuk NEWBIES!!
saya nak bagi Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" 
-FREE-

Ada lagi 12 keping yang belum saya upload. Untuk pengetahuan, tutorial ini diberi secara percuma kepada client yang membeli pola tudung express cutting madamiena. Inshaallah esok, saya akan bagi TUTORIAL INI SECARA PERCUMA tanpa membeli pola tau! Tak ada pola tak apa, awak buat pola sendiri dengan menggunakan tudung yang sediaada.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

Saturday, 4 February 2017

Instant 2 Loops Butterfly

Assalamualaikum

Perkenalkan, Instant 2 loops Butterfly. Instant ni lebih kurang macam 2 loops biasa tetapi

Material Lycra Mosscrepe Printed

Assalamualaikum dan selamat Pagi. Selamat berehat bersama insan tersayang.

Hari ni saya cuma nak share tentang kain lycra mosscrepe bercorak. Gambar ni saya ambil 2 minggu lepas

Friday, 3 February 2017

Cara memulakan jahitan babyseam

Salam Jumaat

"Ya Tuhanku, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan" kredit gambar-katakata.com

Bismillahirrahmanirrahim..Pagi ni saya nak berkongsi tentang cara memulakan jahitan guna tapak babyseam. Tapak macam saya pakai ni mudah sangat dan jahitan sangat lancar berbanding dengan tapak sebelum ni yang tak ada besi kat depan. Saya beli masa tu harga RM54 kat kedai jahit seksyen 18, Shah Alam. Sekarang boleh dapat dengan harga RM20 beli secara online. Dah ramai yang jual. Ada juga supplier yang jual tapak yang ada besi tu boleh pasang kat tapak lama. Nak explain detail pun tak tahu sebab tak pernah beli.

Sebelum memulakan jahitan, setting dulu benang ikut jenis kain lycra. Saya biasa set no 3 dan kemudian saya ketatkan benang atas supaya benang siap jahit tak kendur.

Jom lihat langkah 1-4 di bawah :



Harap awak boleh faham langkah mudah yang saya bagi ni. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ouh..ada lagi gambar


Terima Kasih. 

#tailormade #madamienahijab

Thursday, 2 February 2017

Instant Shawl Butterfly- Awning Bubble

Jom tengok apa warna pilihan pelanggan untuk kali ini.





SEDEKAH walau apa pun situasi kita

Selamat pagi!! Selamat menjalankan tugas masing- masing.

Pagi ni saya baca sedikit artikel tentang sedekah orang ada ada dengan orang yang tak berapa nak ada. Orang kaya lebih mudah bersedekah. Che'ta juga pernah kata..kalau kita banyak duit, kita boleh sedekah lagi banyak..kalau dulu sedekah doa je yang mampu..lebih kurang gitu la..ambik positif dgn apa che'ta cakap, tu ayat pembakar semangat che'ta untuk merubah hidup dan saya pun setuju. Doa pun sedekah juga. Malahan sedekah ada macam2 cara. Orang yang tahu KEHEBATAN SEDEKAH akan lebih banyak bersedekah.


kredit : IG negeriakhirat
Saya sangat tertarik dengan satu tulisan "sedekah saat susah itu luar biasa". Kita tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah sebaliknya kalau nak kaya kenalah bersedekah. Semua tahu KEHEBATAN SEDEKAH. Harap kita sama2 berlumba merebut ganjaran hebat sedekah tu. Sama- sama kumpul saham akhirat. Tak semesti sedekah dengan duit kan?
#copas Rasulullah berkata dengan sahabat, yaitu: “Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk menghasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah semampumu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Wallahu a’lam #tailormade #madamienahijab #qbcreationhijab

Wednesday, 1 February 2017

Fabrik & Review : Kain denim "Bulu Kucing"

Selamat petang.

Hari ini saya ambil kesempatan sikit untuk share tentang kain atau material lycra denim bulu kucing. Sebenarnya dulu saya panggil denim benang hitam. Rupanya yang benang hitam tu lain sikit. Lebih kurang sama tetapi benang hitam lebih nampak jalur- jalur hitam. Material bulu kucing ni lebih lembut dan nampak macam berbulu sikit. Sekali tengok macam gebu sikit.

Walaupun kain ni agak lembut tetapi tak melekat pada body kita. Sesuailah kalau nak buat tudung muslimah. Saya sendiri pun ada buat 2 helai tudung muslimah untuk mak mentua. Memang selesa katanya. Kalau awak tengok dengan mata kasar, kain ni nampak exclusive kan? sebab tu harga satu meter kain ni lebih kurang RM20 semeter sekarang ni. Saya start buat tudung dengan material ni hujung tahun 2016. Pelanggan tengok memang jatuh cinta. Oh, lagi satu..walau kategori lembut tetapi kain ni sangat sesuai jika nak buat soft awning. Lihat gambar bawah. Tegap atau tak..anda sendiri yang menilainya.



Satu lagi kebaikan kain denim ni ialah, awak tak perlu nak gosok sangat. Zaman sekarang ni kan, semua nak cepat dan mudah. Sebab tu pengguna suka dengan kain macam ni. Kalau nak bawa travel pun sangat sesuai. Lipat- lipat je terus masuk beg. Nanti nak gilir- gilir tudung tak susah sangat. Ambik je tudung dalam beg terus pakai.

Pakaian apa yang sesuai dengan kain denim ni?
Kalau lihat dari penjelasan saya kat atas memang bercerita pasal tudung je kan!!sebenarnya selain daripada tudung/ shawl, kain denim jenis bulu kucing ni juga sesuai untuk blaus, jubah, skirt dan palazo pun boleh. 

Kat mana nak beli?
Saya beli kain ni kat jakel shah alam. Tetapi sana tak banyak sangat pilihan warna. Kalau kat jakel KL lebih banyak pilihan. Tak silap ada lebih dari 10 warna. Saya sedikit kecewa sebab warna- warna macam grey, biru gelap, biru dah tak ada kat jakel shah alam. Pelanggan sanggup masuk waiting list. Tunggu sampai ada katanya. Harap- harap la jakel shah alam boleh bawa masuk lebih sikit. Maybe ada masuk tetapi warna- warna macam saya nak tu memang jadi tarikan butik- butik tersohor. Depa dah borong kayu. Yang borong by meter ni memang tak dapat la nak merasa lagi.

Ok la. Setakat ni dulu. Masa tak mengizinkan saya untuk bercerita lebih lagi. Ada tugasan menjahit. 

Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Sekian, terima kasih.

#madamienahijab #tailormade

Tuesday, 31 January 2017

DIY Shawl 2 meter

Yuhuuuuuu!!! Untuk mereka yang baru nak mencuba jahit shawl petak panjang yang labuh dan puashatiii lilit. Meh ikut step mudah, sesuai untuk jahitan individu sahaja : 1. Syarat utama : ada mesin jahit
2. Beli kain chiffon bidang 60 inci sebanyak 2 meter 3. Yang bidang 60 inci tu belah tengah dengan teknik koyak!snap sikit dengan gunting dan koyakkan. Tarik sampai habis. Hati- hati jangan tersalah potong 4. Sekarang dah jadi bidang 30 inci x 2 meter. Awak ukur la 2 meter @ lebih 1 inci nanti guna kaedah sama..*koyak * kaedah ni paling mudah untuk samakan jahitan/ bentuk shawl tapi tak semua kain boleh guna teknik ni 5. Awak gunting yang berbulu tu supaya nanti dah siap jahit cantik xde bulu- bulu terkeluar 6. Jahit la keliling dengan tapak babyseam atau secara manual "kaedah lipat 2 kali" sekecil yang boleh 7. Dah siap. Gosok la bagi cantik. Letak aksesori lagi cantik shawl tu Terima kasih. Selamat malam! #madamienastore #madamienahijab

Charm

Charm masih ada stok tau!!
Cantik sangat kalau jahit kat hujung shawl macam saya buat kat shawl saya sendiri. Pelanggan suka dan rasa teruja untuk repeat order. Fungsi charm ni selain dari hiasan, ianya juga boleh beratkan hujung shawl bagi nampak hidup sikit shawl tu. Tak la kaku sangat. Atau kalau shawl awak tak cantik sangat kat finishing hujung- hujung tu..ini la yang terbaik untuk tutup jahitan tu.
Saya dah update stok setakat hari ni. Ada kat gambar siap dengan harga. DISKAUN? Kalau awak beli 1-19 harga sama je tetapi kalau 20 pcs ke atas awak akan dapat harga borong. SUPER JIMAT.
Whatsapp 017-3959783 (ina) untuk membuat pembelian atau sebarang pertanyaan.
#charm #charms #shawl
FBmadamiena




Monday, 30 January 2017

Turban Brooch (KID)

RM12 (turban + brooch hiasan)

SAIZ XS
Ukuran lilit turban
15” (sebelum memeri)

Panjang turban
Lebih kurang 10”

Brooch Bunga 
Diameter 4”

SAIZ S
Ukuran lilit turban
16” (sebelum memeri)

Panjang turban
Lebih kurang 11”

Brooch Bunga 
Diameter 4”






Tudung Express (Pra order/ weekly)

Tudung express by madamiena diperbuat daripada material terpilih yang sangat selesa untuk si pemakai. Kami pelbagaikan jenis material dan awning supaya pelanggan bebas memilih mengikut keselesaan masing- masing. Jom tengok apa yang ada dalam album ni. Harga dan maklumat ada pada setiap jenis tudung. TQ 

Untuk membuat tempahan : 
SMS/ WA : 017-3959783 (Ina) TEXT : Nama # Negeri # Warna # Saiz # Jumlah 
* Tempoh siap seminggu atau lebih mengikut jumlah order masuk



Tudung Express DENIM BULU KUCING by MADAMIENA

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Kain denim bulu kucing sangat selesa dan mudah di bawa ke mana- mana sebab tak perlu gosok. Corak pada kain ada sedikit benang hitam campuran dengan warna asal kain. Jan 2017 tersedia dengan 4 warna pilihan iaitu purple, brown, green dan red. Awning pula tegap dan berbentuk mengikut jenis muka pelanggan yang rata- rata feedback kepada kami awning ni sangat cantik!

Harga :
Saiz S & M = RM30 sehelai
Saiz L = RM32 sehelai
Saiz XL = RM34 sehelai
Saiz XXL = RM36 sehelai
* Boleh request saiz yang lebih besar

Ukuran :
S : Labuh depan 15", Labuh belakang 26"
M : Labuh depan 17", Labuh belakang 28"
L : Labuh depan 19", Labuh belakang 30"
XL : Labuh depan 21", Labuh belakang 32"
XXL : Labuh depan 23", Labuh belakang 34"
* Saiz muka mengikut pelanggan (bincang semasa membuat tempahan)
 
Zoom jahitan tepi tudung
 
Zoom jahitan awning

Sunday, 29 January 2017

Shawl Floral - Heavy Chiffon

Assalamualaikum

Perkongsian hasil jahitan shawl madamiena siap gosok iron paper

Saiz shawl ialah 1.8 meter x 28 inci dan berharga RM30 sehelai
Material : Heavy Chiffon
Hiasan : Charm, ironpaper saiz A4 dan batu kristal
Jahitan : Babyseam

BERMINAT?
Cuma whatsapp/sms 017-3959783 untuk berbincang proses tempahan

Terima Kasih.
#madamienastore
#madamienahijab

#tudungexpress





Monday, 23 January 2017

Denim Bulu Kucing

Pernah dengar tak?
MATERIAL DENIM BULU KUCING
===========================
Lihat gambar. Inilah rupanya material denim bulu kucing. Kawan- kawan boleh nampak jelas corak pada kain kan? ada sedikit benang- benang hitam. Nampak sangat exclusive. Kain lembut tau!! Admin pilih kain ni untuk dijadikan tudung express soft awning. Bila dah jadi tudung memang sangat selesa tambahan kain ni tak mudah renyuk. Admin ada satu tudung ni dan tak pernah gosok pun.

Admin ada zoom kualiti jahitan. Jika anda suka dan berminat nak cuba boleh wasap admin *017-3959783 untuk bincang warna dan ukuran mengikut saiz. Sekarang ni ada 4 warna sahaja  iaitu koko, maroon, hijau dan pepel. 

Harga :
Saiz S & M : RM30
Saiz L : RM32
Saiz XL : RM34
Saiz XXL : RM36

Terima Kasih.
#madamienastore
#madamienahijab
#tudungexpress


Wednesday, 18 January 2017

Gabungan warna menarik 2017

Kesilapan saya tahun lepas ialah tak banyak study warna. Tahun ni, inshaallah saya akan perbetulkan dan akan sajikan warna2 yang menarik memandangkan warna kain dari supplier semakin bertambah. Macam- macam ada..Kalau tak bawak list order, rambang mata main sambar je warna- warna yang kita rasa cantik. Bila customer tengok, tak cantik pula. Jadinya, saya perlu banyak belajar dan selami industri saya. Tak boleh ikut citarasa sendiri. Lening, pelanggan lebih pandai memilih.

Gambar2 ni saya dapat dari page genial.guru
Page menarik tapi tak dapat nak translate la pulak..spanish..

#madamienastore #qbcreationstore
#colourmi









Kami berpindah ke wordpress

Assalamualaikum Terima kasih kepada semua pengunjung blog madamienastore.blogspot.com Semoga Allah kurniakan kamu semua rezeki yang ber...