Search This Blog

Pages

Thursday, 23 February 2017

Kain Denim


ZOOM!!

Jom tengok kain yang ada. Pelanggan boleh pilih material dan bagitau design tudung/shawl.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and indoorImage may contain: indoor

Image may contain: one or more peopleNo automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Wednesday, 22 February 2017

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Tudung Express - "Travel" AWNING SCUBA by MADAMIENA

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Untuk tudung express travel ni, kami gunakan material lycra mosscrepe plain untuk body dan lycra scuba untuk awning. Bahagian depan, kami cantikkan lagi dengan taburan kristal di sepanjang jahitan. Awning ni terbentuk elok pada semua jenis bentuk muka.

Harga :
Saiz S & M = RM33 sehelai
Saiz L = RM35 sehelai
Saiz XL = RM37 sehelai
Saiz XXL = RM39 sehelai
* Boleh request saiz yang lebih besar

Ukuran :
S : Labuh depan 15", Labuh belakang 26"
M : Labuh depan 17", Labuh belakang 28"
L : Labuh depan 19", Labuh belakang 30"
XL : Labuh depan 21", Labuh belakang 32"
XXL : Labuh depan 23", Labuh belakang 34"
* Saiz muka mengikut pelanggan (bincang semasa membuat tempahan)

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan


Thursday, 16 February 2017

Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" -FREE-


Berita baik untuk NEWBIES!!
saya nak bagi Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" 
-FREE-

Ada lagi 12 keping yang belum saya upload. Untuk pengetahuan, tutorial ini diberi secara percuma kepada client yang membeli pola tudung express cutting madamiena. Inshaallah esok, saya akan bagi TUTORIAL INI SECARA PERCUMA tanpa membeli pola tau! Tak ada pola tak apa, awak buat pola sendiri dengan menggunakan tudung yang sediaada.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

Saturday, 4 February 2017

Instant 2 Loops Butterfly

Assalamualaikum

Perkenalkan, Instant 2 loops Butterfly. Instant ni lebih kurang macam 2 loops biasa tetapi

Material Lycra Mosscrepe Printed

Assalamualaikum dan selamat Pagi. Selamat berehat bersama insan tersayang.

Hari ni saya cuma nak share tentang kain lycra mosscrepe bercorak. Gambar ni saya ambil 2 minggu lepas

Friday, 3 February 2017

Cara memulakan jahitan babyseam

Salam Jumaat

"Ya Tuhanku, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan" kredit gambar-katakata.com

Bismillahirrahmanirrahim..Pagi ni saya nak berkongsi tentang cara memulakan jahitan guna tapak babyseam. Tapak macam saya pakai ni mudah sangat dan jahitan sangat lancar berbanding dengan tapak sebelum ni yang tak ada besi kat depan. Saya beli masa tu harga RM54 kat kedai jahit seksyen 18, Shah Alam. Sekarang boleh dapat dengan harga RM20 beli secara online. Dah ramai yang jual. Ada juga supplier yang jual tapak yang ada besi tu boleh pasang kat tapak lama. Nak explain detail pun tak tahu sebab tak pernah beli.

Sebelum memulakan jahitan, setting dulu benang ikut jenis kain lycra. Saya biasa set no 3 dan kemudian saya ketatkan benang atas supaya benang siap jahit tak kendur.

Jom lihat langkah 1-4 di bawah :



Harap awak boleh faham langkah mudah yang saya bagi ni. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ouh..ada lagi gambar


Terima Kasih. 

#tailormade #madamienahijab

Thursday, 2 February 2017

Instant Shawl Butterfly- Awning Bubble

Jom tengok apa warna pilihan pelanggan untuk kali ini.





SEDEKAH walau apa pun situasi kita

Selamat pagi!! Selamat menjalankan tugas masing- masing.

Pagi ni saya baca sedikit artikel tentang sedekah orang ada ada dengan orang yang tak berapa nak ada. Orang kaya lebih mudah bersedekah. Che'ta juga pernah kata..kalau kita banyak duit, kita boleh sedekah lagi banyak..kalau dulu sedekah doa je yang mampu..lebih kurang gitu la..ambik positif dgn apa che'ta cakap, tu ayat pembakar semangat che'ta untuk merubah hidup dan saya pun setuju. Doa pun sedekah juga. Malahan sedekah ada macam2 cara. Orang yang tahu KEHEBATAN SEDEKAH akan lebih banyak bersedekah.


kredit : IG negeriakhirat
Saya sangat tertarik dengan satu tulisan "sedekah saat susah itu luar biasa". Kita tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah sebaliknya kalau nak kaya kenalah bersedekah. Semua tahu KEHEBATAN SEDEKAH. Harap kita sama2 berlumba merebut ganjaran hebat sedekah tu. Sama- sama kumpul saham akhirat. Tak semesti sedekah dengan duit kan?
#copas Rasulullah berkata dengan sahabat, yaitu: “Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk menghasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah semampumu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Wallahu a’lam #tailormade #madamienahijab #qbcreationhijab

Wednesday, 1 February 2017

Fabrik & Review : Kain denim "Bulu Kucing"

Selamat petang.

Hari ini saya ambil kesempatan sikit untuk share tentang kain atau material lycra denim bulu kucing. Sebenarnya dulu saya panggil denim benang hitam. Rupanya yang benang hitam tu lain sikit. Lebih kurang sama tetapi benang hitam lebih nampak jalur- jalur hitam. Material bulu kucing ni lebih lembut dan nampak macam berbulu sikit. Sekali tengok macam gebu sikit.

Walaupun kain ni agak lembut tetapi tak melekat pada body kita. Sesuailah kalau nak buat tudung muslimah. Saya sendiri pun ada buat 2 helai tudung muslimah untuk mak mentua. Memang selesa katanya. Kalau awak tengok dengan mata kasar, kain ni nampak exclusive kan? sebab tu harga satu meter kain ni lebih kurang RM20 semeter sekarang ni. Saya start buat tudung dengan material ni hujung tahun 2016. Pelanggan tengok memang jatuh cinta. Oh, lagi satu..walau kategori lembut tetapi kain ni sangat sesuai jika nak buat soft awning. Lihat gambar bawah. Tegap atau tak..anda sendiri yang menilainya.



Satu lagi kebaikan kain denim ni ialah, awak tak perlu nak gosok sangat. Zaman sekarang ni kan, semua nak cepat dan mudah. Sebab tu pengguna suka dengan kain macam ni. Kalau nak bawa travel pun sangat sesuai. Lipat- lipat je terus masuk beg. Nanti nak gilir- gilir tudung tak susah sangat. Ambik je tudung dalam beg terus pakai.

Pakaian apa yang sesuai dengan kain denim ni?
Kalau lihat dari penjelasan saya kat atas memang bercerita pasal tudung je kan!!sebenarnya selain daripada tudung/ shawl, kain denim jenis bulu kucing ni juga sesuai untuk blaus, jubah, skirt dan palazo pun boleh. 

Kat mana nak beli?
Saya beli kain ni kat jakel shah alam. Tetapi sana tak banyak sangat pilihan warna. Kalau kat jakel KL lebih banyak pilihan. Tak silap ada lebih dari 10 warna. Saya sedikit kecewa sebab warna- warna macam grey, biru gelap, biru dah tak ada kat jakel shah alam. Pelanggan sanggup masuk waiting list. Tunggu sampai ada katanya. Harap- harap la jakel shah alam boleh bawa masuk lebih sikit. Maybe ada masuk tetapi warna- warna macam saya nak tu memang jadi tarikan butik- butik tersohor. Depa dah borong kayu. Yang borong by meter ni memang tak dapat la nak merasa lagi.

Ok la. Setakat ni dulu. Masa tak mengizinkan saya untuk bercerita lebih lagi. Ada tugasan menjahit. 

Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Sekian, terima kasih.

#madamienahijab #tailormade

Kami berpindah ke wordpress

Assalamualaikum Terima kasih kepada semua pengunjung blog madamienastore.blogspot.com Semoga Allah kurniakan kamu semua rezeki yang ber...